Tuesday, December 13, 2011
Thara's Engagement
Mini Pelamin Pink Purple
Mini pelamin yang ringkas ini sesuai untuk majlis pertunangan atau akad nikah. Warna merah jambu dipadankan dengan warna ungu bagi menyerlahkan lagi kelembutan sentuhan yang bersesuaian dengan majlis.
Untuk sesi make up,Thara mengemari warna matanya agak tebal. Inilah hasil sentuhan Boy bagi merealisasikan kehendaki Ms Thara...
Tuesday, October 11, 2011
Pameran Pengantin Malaysia 2011- Jusco AU2
Bertempat di JUSCO AU2 Keramat, buat julung kalinya eL Pesona Touch menyertai "Pameran Pengantin Malaysia 2011". Tarikh 7hb -9hb October 2011 menjadi saksi di mana kami telah melancar kan promosi terhebat sebagai harga pengenalan kepada bakal raja sehari di luar sana.
Gabungan antara 3 pakej utama, (Andaman, Photographer & Videographer dan Catering ) maka lahirlah pakej yang menjadi rebutan para pengunjung sepanjang 3 hari pameran.
Gabungan antara 3 pakej utama, (Andaman, Photographer & Videographer dan Catering ) maka lahirlah pakej yang menjadi rebutan para pengunjung sepanjang 3 hari pameran.
Dari segi hiasan booth, kami di eL Pesona mengimplikasikan moto utama kami iaitu "Simply Gorgeous"..rekaan booth yang simple juga telah mendapat sambutan dari para pengunjung dengan bertemakan "Garden Wedding "....
Tidak dilupakan kepada para pengunjung/bakal raja sehari yg sempat berposing semasa event ini dilangsungkan.....
dan yang terakhir...para crew2 yg telah menjayakan pameran ini......
eL Pesona Touch Crew
Clique Moment Photographer
Amira Cafe Catering
Terima Kasih Di ucapkan......
Saturday, October 1, 2011
Ratu Sehari Linda & Amar
16hb Sept 2011 merupakan hari yang bermakna buat seluruh rakyat Malaysia, begitu jugalah pada pasangan pengantin baru Linda dan Amar. Tarikh ini menjadi sejarah bagi kedua-dua belah pihak di mana mereka di satukan dengan ikatan pernikahan yang berlokasi di kediaman Linda di Kajang Selangor. Dengan sekali lafaz akad nikah, maka bergelarlah kedua mereka sebagai pasangan suami isteri umpama "Sireh Pulang Ke Ganggang". Kami di (eL Pesona Touch) ingin mengucapkan jutaan tahniah buat pasangan Si Kacak ( Amar) dan Si Jelita (Linda) di Majlis Pernikahan yang berlangsung di Kajang Selangor. Sungguh Chantek dan Molek umpama Merpati Dua Sejoli.
Pernikahan :
Rona putih tampak menyerlah apabila dipadankan dgn pasangan pengantin semasa majlis pernikahan
Malam Berinai
Songket penuh silver menjadi pilahn buat kedua pengantin
Persandingan : Kajang
Warna merah, putih dan hitam dipilih menjadi tema warna di majlis sebelah perempuan.
Pernikahan :
Rona putih tampak menyerlah apabila dipadankan dgn pasangan pengantin semasa majlis pernikahan
Malam Berinai
Songket penuh silver menjadi pilahn buat kedua pengantin
Persandingan : Kajang
Warna merah, putih dan hitam dipilih menjadi tema warna di majlis sebelah perempuan.
Persandingan Dewan Sentul Perdana, Bandar Baru Sentul
Pelamin yang menhiasi dewan ketika Majlis Persandingan kedua mempelai ....Amar & Linda
Thursday, July 21, 2011
Monday, May 23, 2011
Majlis Perkahwinan Natasha & Firdaus
Pelamin "The Royal Highback " yang menjadi pilihan kedua pasangan mempelai dengan menerapkan konsep the garden wedding....
Majlis Pernikahan
Subscribe to:
Posts (Atom)